Showing posts with label MINDA. Show all posts
Showing posts with label MINDA. Show all posts

Thursday 12 May 2016

KAWIN KETIKA BELAJAR

kawin nieh , bukan sekadar kau nak halalkan hubungan , tapi kena ingat , tanggungjawab dan pengorbanan .....
fikir betul2 , mampu ke nak jaga anak orang , law yang perempuan pulak , boleh ke jaga emosi , jaga nama suami nanti ... jangan dah kawin tapi still tak jaga batas pergaulan dengan kawan2 ....
batas pergaulan dengan kawan , bukan nye kau dikongkong xley buat apa2 .... cuma egat , kawan adalah kawan .... tak lebih dari itu ....
pernah dengar tak , law nk ketenangan , kawin la ..... haaaa .... memang betul pun .... alhamdulliah , aku and suami dapat benda tu .....
tak tahu nk expalain ketenagan tu mcm mna , just org yg kawin dapat rasa kot .....
time belajar , kena sama2 sling memahami , igat , perkahwinan bukan penghalang kau untuk belajar ....
and ko sebenarnya patut banga ko ada suami berbanding ko ada pakwe , haaaa ......sebab , pakwe tu , haram .... ko banga ada pakwe haram ( aku baru sedar bile aku dah sem 3 , bila masa tu , bakal suami aku egatkan aku pasal nieh )
restu mak ayah tu penting , jangan nk kawin je taw , mak ayah tu lagi taw apa yg trbaik untuk kita ....
and bila dh sampai masa nye , semua perkara akan dipermudahkan untuk kau berumahtangga ....
tapi yang paling penting , carilah suami yang menjaga hubungan nya dengan Allah .... insyaAllah , dye akan jaga hubungan nye dengan kau jugak .....


Sunday 26 April 2015

KEHIDUPAN ORANG YANG TIDAK BAHAGIA



Yang Pasti: Kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain

In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.
salah satu sebab kenapa kita tak bahagia , sebab kita pandang keburukan pada diri kita dan bandingkan dengan kelebihan orang lain ....
Kita tertipu.
Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang sebenarnya.
Manusia cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya sahaja.
Sebagai contoh, bila ada seseorang bertanya khabar kita, berapa kerapkah kita memberi respons dengan mengatakan “Aku rasa hampir-hampir nak gila!”, “Aku tak tahan dengan hidup..”, berbanding dengan kita lebih mengambil keputusan untuk mengigit lidah dan tersenyum sambil mengatakan “Alhamdulillah semuanya OK.”
Jadi bagaimana anda mahu bahagia jika anda cemburu dengan kehidupan orang lain.
Kita sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya.
Oleh itu, hanya fokuskan terhadap perjalanan hidup kita sendiri.
Sebab anda hanya boleh mengawal kehidupan seorang sahaja – iaitu anda !
“janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. [ surah ali-imran ayat 139 ]
Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan.
Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Allah itu Maha Adil.
Kita semua istimewa dipandanganNya. 

Monday 20 April 2015

ORANG CERDIK



"Orang cerdik komited dan berusaha sungguh-sungguh

untuk menjadi cerdik. Orang kurang cerdik hanya 'mahu'

menjadi cerdik "



USAHA MANA ???????

jangan sibuk pandang orang lain .... oooo orang tu pun malas jugak ... oooo dia malas tapi pandai je ....

pandang la diri sendiri ..... 
prof muhaya pernah cakap " bila kita cakap dengan orang tu 5 minit , kita dah boleh tahu masa depan dia "

sal nieh , fikir-fikirkan la .... jangan negative sangat .... thing positive ....

kenapa ea , bila kita buka mata pandang orang lain , benda buruk jer kita nampak ????? sebab sebenarnya kita nieh terlalu negative bila pandang seseorang tu .........

kita cuba k , 1 hari cakap benda-benda yang baik jer ..... bukan nak jadi perfect ... dapat kurangkan perkataan-perkataan negative dalam diri pun dah ok .....

jangan mengeluh dengan nasib + jangan putus asa ......... ( nieh pon dalam kalangan orang yang negative and just nak jadi apa yng dia nak tapi kurang berusaha )

INGAT , KITA YANG MENENTUKAN HIDUP KITA ... KALAU AWAL - AWAL DAH MENGELUH , MERUNGUT .... MASA DEPAN ?????


"Orang cerdik memberi tumpuan kepada peluang. Orang

kurang cerdik fokus kepada halangan."


kat sini sebenarnya bukan nak tunjuk pandai @ tunjuk sempurna just sekadar perkongsian ilmu untuk kesedaran.... semoga saya dan awak semua boleh cuba ubah diri , walaupun sikit tapi ia tetap beri kesan pada hidup kita suatu hari nanti ........... insyaallah ........




Sunday 19 April 2015

ALASAN TAK PAKAI TUDUNG DENGAN PAKAI TUDUNG










“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

1.  ayat nieh umpama kita memperlekehkan manusia yang tengah berusaha mentaati perintah Allah ( menutup aurat)
2. betul ke yang tak pakai tudung tu lebih baik berbanding insan yang menutup aurat ?? sedang kan yang tak pakai tudung tu comfirm-comfirm aurat terbuka dah ... 
tahu tak , salah sebenarnya bila kita bandingkan diri kita atau orang lain dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ni adalah teknik syaitan untuk hentikan seseorang daripada berusaha pulihkan diri supaya lebih baik.
satu jer : memang betul yang pakai tudung tak semestinya baik , tapi korang kena ingat , yang tak pakai tudung tu dah comfirm2 tak baik .... sebab ???
jawab soalan nieh :
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat??

Thursday 16 April 2015

CARA KENAL PASTI MINDA KITA



korang nieh sebenarnya jenis kaya minda @ miskin minda ???

ok , nak pastikan nieh , korang pernah tak cakap time exam ??

"kalau aku dapat ______ jadi la walaupun tak dapat A"
 biar aku bagi taw , kalau korang pernah cakap macam nieh makna nye korang dalam golongan orang miskin ...... sebab :
orang yang kaya ; BERUSAHA UNTUK MENANG/ BERJAYA
orang miskin ; BERUSAHA UNTUK TIDAK KALAH / TIDAK GAGAL

nak taw tak , apa yang kita cakap tu , tu la sebenarnya diri kita ...... kalau dah pernah berfikiran begini , harap lepas nieh kita sama-sama tak yah pikir dah ...... sebab kuasa MINDA tu memang kuat .... kita yang control pemikiran kita , jangan biarkan pemikiran yang control kita kalau tak nak hidup kosong @ tak bberguna .......




cara nak kaya ..... ops !!! kayakan minda

 perbezaan minda kaya dengan minda miskin ......



1. orang yang kaya percaya :
"saya yang akan menentukan hidup saya"

    orang yang miskin pula percaya :
"kehidupan saya telah ditentukan , saya tidak boleh buat apa-apa"

dalam hidup , macam-macam cabaran , tapi pernah tak korang rasa :
" tak de mood la sebab ..........."
"aku tak boleh belajar kalau mood ..........."

simple : fikir-fikirkan .... sama ada :
                                                     1. persekitaran menetukan hidup korang
                                                     2. hidup korang yang tentukan persekitaran korang 

memangla kita tak boleh lari dari sifat nie , yang tuan punya blog nieh pon sama , tapi kita boleh KURANGKAN ...... kn ????? 


Tuesday 14 April 2015

CARA BAGI BAKAL MERTUA SETUJU HANTARAN KAWIN RENDAH



kalau yang mana nak pujuk bakal mak ayah mertua tu , tunjuk jer video nieh ... comfrm dapat kawin hantaran murah ...... 

Perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kahwin & paling murah belanja.. - Ustaz Azhar Idrus


Thursday 9 April 2015

meniru dalam peperiksaan




baru jer buat untuk 1 subject sem nieh ... sbject je_____ .... urrrrmmmmmmmmmm ..... 

semoga aku masih ada peluang untuk dapat kberktan dalam pelajaran ....... 
USAHA TANGGA KEJAYAAN .....

lupa sekejap tentang xde berkat bila meniru , bersalahnya aku bila ingat-igat balik .... 
kalau dapat result rendah pun , result rendah tu usaha aku sendri , dari result rendah tu usaha orang lain ........

mak and abah hantar belajar bukan suruh meniru , setiap peluh dyeowg untuk cari duit , cari duit untuk aku , untuk aku berjaya dari aku lahir hingga sekarang , pernah aku hargai ???? pernah aku balas dengan result yang tinggi untuk dyeorang ??? buat dyeowg tersenyum atas kejayaan aku ??? dah lama aku tak dapat lihat dyeowg macam tu , last result PMR aku ...... JUST PMR ..... walaupun tak beberapa bagus , tapi dyeorg gembira sangat ..... kat dgree nieh , aku nk buat lagi dyeowg tersenyum n bangga dengan anak dia .... ank yang dyeowg besarkan ......
semoga Allah permudahkan hidup kedua orang tua ku serta perjuangan aku untuk mencari ilmu untuk mengukir kegembiraan orang yang telah berjasa kepadaku ......

hidup di universiti bukan alasan untuk halalkan apa yang haram .....


Saturday 4 April 2015

Faktor berkecil hati





sebab kenapa orang berkecil hati

Orang yang berkecil hati sebenarnya ego dan bersangka buruk ... kenapa ??? sebab orang yang berkecil hati ini tak nampak apa kita buat tapi nampak apa yang kita tak buat ....

dan

orang yang cepat kecil hati , dia hanya fikir apa yang dia buat dan tidak fikir apa yang dia tidak buat.

ELAKKAN DARI SIKAP KECIL HATI !!!!

Friday 3 April 2015

maksud matang


APA ITU MATANG ??????

duduk diam ..... eh , matang la budak nieh ???????????

orang selalu salah faham tentang apa erti matang ....
matang seseorang itu berdasarkan pengalamannya menempuhi kehidupan serta dia mempelajari kehidupannya yang lampau....

setakat.... dulu aku ada masalah ???

tapi adakah seseorang itu belajar dari pengalaman masalah tersebut untuk dia melayakkan diri ke peringkat kematnagan.....

seseorang yang matang mampu membezakan baik dan buruk serta tidak berfikiran tergesa-gesa tanpa memikirkan risiko atau apa yang dia perolehi pada masa hadapan. selain itu, selalunya seseorang yang tidak berfikiran matang ini mempunyai pemikiran yang sigkat atau cetek, cepat melatah apabila diperlakukan buruk dan serta berprasangka buruk kepda seseorang.....

sekadar ingin berkongsi pendapat saya mengenai maksud matang.

cara berfikiran positif



apabila seseorang itu berkawan dengan orang yang berkeladak maka sebenarnya diri nya berkeladak juga  .....

berkeladak = berfikiran negatif 

teknik berfikiran positif iaitu hilangkan 4 perkara ini dalam kamus hidup anda , 
kalau la aku , 
takut la , 
boleh ke , 
risau la ,

selain itu gunakan lah perkataan yang baik setiap hari , kerana setiap perkataan itu adalah doa kepada diri kita .

manusia yang membenci / mengutuk orang adalah manusia yang membenci / mengutuk dirinya sendiri. saya juga manusia biasa yang sering melakukan kesalahan, tetapi ini sekadar perkongsian ....

semoga kita dapat mengubah kepada hidup yang lebih positive pada masa akan datang ..... insyaallah .....