Yang Pasti: Kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain
In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.
salah satu sebab kenapa kita tak bahagia , sebab kita pandang keburukan pada diri kita dan bandingkan dengan kelebihan orang lain ....
Kita tertipu.
Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang sebenarnya.
Manusia cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya sahaja.
Sebagai contoh, bila ada seseorang bertanya khabar kita, berapa kerapkah kita memberi respons dengan mengatakan “Aku rasa hampir-hampir nak gila!”, “Aku tak tahan dengan hidup..”, berbanding dengan kita lebih mengambil keputusan untuk mengigit lidah dan tersenyum sambil mengatakan “Alhamdulillah semuanya OK.”
Jadi bagaimana anda mahu bahagia jika anda cemburu dengan kehidupan orang lain.
Kita sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya.
Oleh itu, hanya fokuskan terhadap perjalanan hidup kita sendiri.
Sebab anda hanya boleh mengawal kehidupan seorang sahaja – iaitu anda !
“janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. [ surah ali-imran ayat 139 ]
Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan.
Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Allah itu Maha Adil.Kita semua istimewa dipandanganNya.