Kuala Nerus : Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kreatif (FSTK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) telah menganjurkan satu pameran Rendering Technique pada 6 Mac 2016, di Foyer Perpustakaan UNISZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.
Objektif program ini ialah mempamerkan hasil karya rendering mahasiswa semasa di semester 3, selain mempromosikan hasil dan bakat kepada masyarakat kampus, pelajar sekolah dan orang awam. Pameran ini diadakan selama sebulan, berakhir pada 6 April 2016.
Program ini merupakan satu pameran kesenian mahasiswa FSTK bagi subjek Rendering Technique melibatkan pelajar program ijazah rekabentuk perindustrian, semester 4.Subjek ini mengajar pelajar untuk membuat sesuatu lakaran menjadi tiga dimensi dan menerangkan bentuk sesuatu objek melalui warna yang digunakan.
Seramai 45 pelajar ijazah rekabentuk perindustrian semester 4 terlibat dalam pameran hasil Rendering berdasarkan subjek yang ditetapkan oleh pensyarah dan pemilihan produk masing- masing.Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan (Akademik & Pra Siswazah) Dr. Mohd Hisham Omar.
Turut hadir, Timbalan Dekan (HEPA) Dr. Imran Abdullah, Prof. Suleiman Bin Salleh serta Timbalan Ketua Pustakawan Kanan UNISZA, Puan Hajah Faridah binti Muda serta pensyarah dan pelajar FSTK yang terlibat.
No comments:
Post a Comment